Webinar eSukan (Kelas Kesedaran dan Pensijilan)

25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

24 Mei 2025 – Seramai 5 orang peserta yang menghadiri bagi sesi Webinar eSukan (Kelas Kesedaran dan Pensijilan). Kelas ini adalah wajib bagi peserta Mobile Legend wakil NADI Linggi untuk menonton.

Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali